Mesyuarat Profesionalisme Guru Kaunseling Sekolah Berasrama Penuh Kali Ke-3 Peringkat Kebangsaan 2009

Tarikh: 13-16 Oktober 2009.
Tempat: Maytower Hotel Kuala Lumpur

Pendahuluan

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sedang mengalami perkembangan yang sejajar dengan perubahan pendidikan negara. Bagi memastikan segala perancangan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) difahami dan dilaksanakan di peringkat sekolah dan bagi menjelaskan misi SBP sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara.

Rasional

Memenuhi tuntutan Teras Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh 2008-2015 iaitu:

Teras 3: Memperkasakan SBP – Sumber manusia yang berkualiti yang dihasilkan melalui latihan profesional yang terancang dan berupaya memperkasakan kepemimpinan, pengurusan dan pentadbiran pengetua, guru dan staf sokongan SBP untuk memacu SBP ke tahap cemerlang

Teras 5: Memartabatkan Profesion Keguruan SBP – Profesionalisme keguruan diperkasakan dengan kursus dan latihan yang terancang dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT dan penyelidikan.

Objektif

1. Menyampaikan mesej, maklumat dan perjelasan terkini kepada semua peserta mengenai visi dan misi sekolah berasrama penuh.
2. Memberi pendedahan mengenai ilmu dan teknik terkini dalam bidang kaunseling untuk diaplikasikan dalam kerjaya perserta.
3. Sebagai medan untuk perkongsian pintar bagi mengumpul idea dan maklumat untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
4. Mengumpul dan menyatukan semua guru kaunseling seluruh Sekolah Berasrama Penuh ke arah matlamat yang sama.

0 comments:

Post a Comment